Thursday, January 5, 2017

Bagaimana memohon balik Lesen Memandu yang hilang / tercicir ?

Baru-baru saya tercicir dompet, sekali dengan IC, lesen memandu, kat atm dll..
Jadi kenalah memohon kembali benda-benda tersebut. Jadi, saya ingin berkongsi pengetahuan memohon balik Kad Pengenalan kat sini ;

1) Tidak perlu lapuran polis jikalau lesen hilang atas kecuaian sendiri. Tetapi dinasihatkan membuat lapuran sekiranya orang yang mengutip MyKad kita itu buat kerja haram dengan lesen kita.

2) Tidak perlu membawa gambar sekiranya ada MyKad ( Staf JPJ akan scan IC untuk gambar ). Sila bawa MyKad dan salinan fotostatnya.

3) Tak dikenakan denda, tetapi kena buat renewal / lanjutan lesen memandu sekurang-kurangnya setahun iaitu RM20.

4) Sesampai di situ, lihat ke bahagian kiri, ada 2 kaunter. Pergi ke kaunter yang paling dekat dengan anda untuk membuat permohonan gentian lesen memandu.

5) Selepas memberi semua maklumat, MyKad anda akan diberi ke kaunter sebelahnya.

6) Bila dah siap, nama anda akan dipanggil

7) Lebih kurang 15 minit siaplah lesen memandu baru dan korang bolehlah merempit kembali :D

No comments:

Post a Comment